Biodata Ketua Setiausaha Negara

Dr. Ismail Haji Bakar dilantik sebagai Ketua Setiausaha Negara ke-14 pada 28 Ogos 2018. Beliau berpengalaman selama lebih tiga dekad di dalam perkhidmatan awam dan telah memegang beberapa portfolio penting sepanjang kerjayanya. Beliau menyertai perkhidmatan tadbir dan diplomatik pada 13 Januari 1986.

Pendidikan

  • 1983Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian), Universiti Malaya.
  • 1995Sarjana Pentadbiran Perniagaan, University of Hull, United Kingdom.
  • 2004Doktor Falsafah dalam Federalisme Fiskal, University of Hull, United Kingdom.

Kerjaya

  • 2008 - 2010Penasihat Kanan, Ibu Pejabat Bank Dunia, Washington D.C.
  • Jan - Nov 2014Pengarah Belanjawan, Pejabat Belanjawan Negara, Kementerian Kewangan.
  • Nov 2014 - 2015Ketua Setiausaha, Kementerian Pengangkutan.
  • 2015 - Jun 2018Ketua Setiausaha, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
  • Jun 2018 - Ogos 2018Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan.

Butir Peribadi

  • Dilahirkan pada 19 Januari 1960.
  • Berasal dari Batu Pahat, Johor.