Kenyataan Media

 ← Senarai Kenyataan Media

Datuk Seri Dr. Ismail Hj Bakar sebagai Ketua Setiausaha Negara

Datuk Seri Dr. Ismail Hj Bakar hari ini memulakan hari pertama tugasnya sebagai Ketua Setiausaha Negara yang baharu secara rasmi.

  1. Datuk Seri Dr. Ismail tiba di Pejabat Ketua Setiausaha Negara dan mengimbas kad kehadiran (clock in) tepat pukul 7.25 pagi.

  2. Dalam taklimat ringkas, Datuk Seri Dr. Ismail berikrar untuk sentiasa menegakkan integriti dan memegang prinsip kebenaran dalam menjalankan tugas sebagai Ketua Setiausaha Negara.

  3. Beliau juga berazam untuk memperkasakan sistem penyampaian dan produktiviti perkhidmatan awam dengan memberi penekanan terhadap pengurangan kos dan peningkatan kecekapan.

Dr. Ismail bin Hj. Bakar
29/08/2018