Kenyataan Media

 ← Senarai Kenyataan Media

Pelantikan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan

Sukacita saya ingin memaklumkan pelantikan YBhg. Datuk Ahmad Badri Mohd Zahir sebagai Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan mulai 12 September 2018.

  1. YBhg. Datuk Ahmad Badri Mohd Zahir, 58 tahun, berkelulusan Diploma Lanjutan (Pengurusan Perniagaan) dari ITM dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari University of Hull, United Kingdom. Beliau telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 29 tahun apabila mula menyertai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik pada 1 Ogos 1989. Beliau berpengalaman luas dalam bidang pengurusan ekonomi dan kewangan menerusi karier perkhidmatan antaranya:

    • Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pengurusan), Kementerian Kewangan;

    • Pengarah, Pejabat Belanjawan Negara, Kementerian Kewangan;

    • Setiausaha Bahagian, Bahagian Pelaburan Strategik, Kementerian Kewangan;

    • Timbalan Setiausaha Bahagian, Seksyen Pembiayaan, Bahagian Pengurusan Pinjaman, Pasaran Kewangan dan Aktuari, Kementerian Kewangan.

  2. Saya percaya dengan pengetahuan, pengalaman dan kredibiliti yang dimiliki oleh YBhg. Datuk Ahmad Badri Mohd Zahir, beliau mampu melaksanakan tanggungjawab ini dengan berkesan untuk meneruskan visi Kementerian Kewangan sebagai peneraju strategik keberhasilan kewangan dan ekonomi bagi memastikan pertumbuhan mampan demi kemakmuran Negara.

Dr. Ismail bin Hj. Bakar
12/09/2018